Friday, February 6, 2009

Tajuk 1. Pertanian di Malaysia

BIDANG 1: PERTANIAN DI MALAYSIA

OBJEKTIF BIDANG:

        Pelajar akan dapat:

  1. Memperoleh pengetahuan dan kefahaman tentang kepentingan pertanian kepada negara.
  2. Memperoleh pengetahuan dan kefahaman tentang peranan institusi dalam pembangunan pertanian.
  3. Memahami dan peka terhadap trend, permasalahan dan isu dalam pertanian.
  4. Menghargai sumbangan pertanian kepada negara.

  1. Kepentingan Pertanian di Malaysia

Hasil pembelajaran:

Aras 1 Menyatakan kepentingan kepada negara.

Aras 2 Menghuraikan kepentingan pertanian kepada negara.

KEPENTINGAN PERTANIAN DI MALAYSIA 

Pengeluaran bahan makanan

Contoh:

-Beras (padi)

-Daging (Ayam,lembu,kambing)

-Ikan

-Buah-buahan

-Sayur-sayuran

Pengeluaran bahan mentah

Contoh:

-Getah

-Kelapa sawit

-Koko

-Kelapa

Pendapatan eksport

Contoh:

-Getah

-Kelapa sawit

-Koko

-Kelapa

Peluang pekerjaan

Contoh:

-Pengeluaran

( Penternak)

-Perkhidmatan

( Pegawai penyelidik )

-Pembuatan

( Pegilang padi)

  1. Pengeluaran bahan makanan.

  • Pengeluaran beras negara belum dapat menampung keperluan penduduk Negara mengimport beras dari negara jiran untuk menampung keperluan tersebut.
  • Pengeluaran sayuran tempatan masih tidak mencukupi, iaitu bawang, lobak merah dan kobis bunga.
  • Pengeluaran ikan masih belum mencukupi bagi memenuhi permintaan tempatan. Ternakan ikan air tawar dan sangkar dipergiatkan.
  • Taman Kekal Pen geluaran Makanan ( TKPM ) telah ditubuhkan oleh kerajaan untuk merancakkan pengeluaran makanan.

  1. Pengeluaran bahan mentah

  • Bahan mentah berasaskan hasil pertanian diproses untuk industri lain terutama sekali pembuatan dan perkilangan.
  • Tanaman getah misalnya menghasilkan susu getah untuk diproses menjadi barangan lain seperti tayar, kasut, barangan industri yang lain.
  • Kelapa sawit menghasilkan bahan untuk memproses minyak masak, sabun, marjerin dan sebagainya.
  • Padi diproses menjadi beras dan tepung, kopi dan teh diproses menjadi minuman.
  • Hasil ternakan diproses bahan makanan dan susu.

  1. Pendapatan eksport

  • Penghasilan komoditi pertanian dijadikan bahan eksport sekali gus meningkatkan pertukaran wang asing.
  • Hasil Kelapa sawit dan getah penyumbang utama nilai eksport negara dan kenaikan pendapatan eksport secara tidak langsung membantu meningkatkan ekonomi negara.

  1. Peluang pekerjaan

  • Sektor pertanian memerlukan ramai tenaga kerja.
  • Di bawah Dasar Pertanian Negara (DPN) , peningkatan tenaga kerja dalam bidang perladangan perlu dipertingkatkan terutama sekali di kawasan luar bandar.
  • Kumpulan tenaga kerja sektor pertanian dibahagikan kepada tiga kumpulan utama iaitu bidang pengeluaran, perkhidmatan dan pembuatan.

Latihan :

(a) Nyatakan empat kepentingan pertanian kepada negara Malaysia.

    (i) …………………………………………………………………………………

    (ii) ………………………………………………………………………………..

    (iii) ……………………………………………………………………………….

    (iv) ………………………………………………………………………………..

[ 4 markah ]

(b) Huraikan kepentingan pertanian kepada negara.

[ 15 markah ]

  1. Tanaman dan Ternakan di Malaysia

Hasil pembelajaran:

Aras 1 Memerihalkan taburan tanaman dan ternakan yang utama.

Aras 2 Menyatakan faktor yang mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan yang utama.

Peta 1 : Kawasan Tanaman Kelapa sawit, getah dan koko di Malaysia

  1. Tanaman

  • Kelapa sawit
  1. Johor – Rancangan Johor Tenggara, Johor Selatan dan Segamat.
  2. Pahang – Rancangan Segitiga Jengka dan Pahang Tenggara.
  3. Perak – Sungai Siput dan Trolak.
  4. Selangor – Kelang, Batang Berjuntai dan Kapar.
  5. Sabah – Lahad Datu, Sandakan dan Tawau.

  • Getah
  1. Kawasan kaki bukit dan tanah pamah beralun di sekitar pantai barat iaitu di negeri Perak, Johor, Pahang, Kedah dan Perlis.
  2. Sepanjang Pantai barat di Sabah.
  3. Kawasan lereng bukit dan lembah sungai di Sarawak.

  • Koko
  1. Terdapat di Perak, Selangor, Johor dan Sabah.
  2. Ditanam di kawasan tanah rata dan lereng bukit.
  3. Malaysia merupakan pengeluar keempat koko dunia.

  • Kelapa
  1. Diusahakan oleh pekebun kecil.
  2. Kawasan penanaman utama terdapat di Selangor, Perak, Johor, Sabah dan Sarawak.

  • Padi

    i. tanam di Kawasan Pengairan Muda di Kedah, Perlis dan Seberang Prai Utara, Kawasan Pengairan Kemubu di Kelantan dan di Perak dan Selangor.

  • Sayur-sayuran
  1. Banyak ditanam di kawasan tanah pamah dan kawasan tanah tinggi seperti di Cameron Highland.
  2. Di kawasan sejuk seperti di Cameron Highland sayuran seperti kubis, tomato dan sebagainya.

  • Buah-buahan

    i. Durian, rambutan, liamu mandarin dan limau bali banyak di tanam di Perak, Pulau Pinang, Johor dan Pahang.

  1. Ternakan

  1. Ternakan utama ialah Lembu dan kerbau, kambing dan biri-biri, ayam dan itik serta khinzir.

  1. Pengeluaran daging Lembu / kerbau, Kambing dan biri-biri masih belum dapat menampung keperluan penduduk Malaysia.

  1. Ayam dan itik dan khinzir kebanyakan diternak secara meluas dan telah mencapai tahap mencukupi dan sebahagian besar dieksport ke luar negara terutama sekali ke Singapura.

Tanaman 

Kawasan 

Ternakan 

Kawasan 

Kelapa sawit

Johor,Pahang,Perak,

Selangor,Sabah,

Sarawak 

Lembu dan kerbau

Kedah, Kelantan,

Sabah , Pahang 

Getah

Perak, Johor, Pahang, Kedah, Perlis, Sabah, Sarawak

Kambing dan biri-biri

Kelantan, Kedah,

Perak, Negeri Sembilan

Koko

Perak, Selangor,

Johor, Sabah 

Ayam dan itik

Pulau Pinang,

Perak, Selangor ,

Johor 

Kelapa

Selangor, Perak,

Johor, Sabah, Sarawak 

Khinzir

Negeri Sembilan,

Pulau Pinang,

Perak , Johor,

Sarawak 

Padi

Kedah, Perlis,

Pulau Pinang,

Kelantan, Perak ,

Selangor 

Akuakultur

( Ikan air tawar,

Udang harimau) 

Johor, Selangor,

Pahang, Terengganu,

Kedah 

Sayur-sayuran

Cameron Highland,

Johor, Sabah 

Buah-buahan

Johor, Pulau Pinang,

Perak, Pahang 

Bunga-bungaan

Cameron Highland,

Sabah, Johor 

  1. Faktor Yang Mempengaruhi Taburan Tanaman Dan Ternakan Di Malaysia.

IKLIM

SEJARAH 

FAKTOR

EKONOMI

DASAR KERAJAAN 

  1. Iklim
  2. Malaysia mempunyai iklim tropika dengan suhu yang tinggi dan hujan lebat sepanjang tahun.
  3. Hanya jenis tanaman dan ternakan tertentu sahaja yang produktif untuk dihasilkan. Namun pada kawasan tanah tinggi yang suhunya lebih rendah membolehkan tanaman yang beriklim sederhana giat dijalankan.
  4. Tanah tinggi Cameron Highland sesuai untuk tanaman kubis dan teh.
  5. Ternakan tropika biasanya dikacukkan dengan baka import untuk disesuaikan dengan iklim tempatan untuk menjadikan ia lebih produktif.

  1. Perkembangan sejarah
  2. Penjajahan British telah memperkenalkan tanaman getah dan kelapa sawit.
  3. Imigran India telah membawa masuk baka lembu LID dan imigran Cina telah memperkenalkan ternakan ayam dan khinzir.

  1. Ekonomi
  2. Lebih tertumpu kepada pasaran dan infrastruktur yang mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan.
  3. Harga komoditi yang tinggi menarik minat pengusaha seterusnya mewujudkan kawasan baru atau memperkembangkan lagi kawasan pertanian.
  4. FAMA telah membantu kepada pemasaran hasil dan infrastruktur yang baik membantu kepada usaha pembangunan dan perkembangan lagi sektor pertanian.

  1. Dasar Kerajaan
  2. Pembangunan sektor pertanian selari dengan Rancangan Malaysia sejak tahun 1956 iaitu RMK 1 sehingga RMK 8.
  3. RMK 9 (2006 hingga 2010) penekanan kepada pembangunan yang pesat sektor pertanian memacu ke arah pertanian yang lebih moden seterusnya meningkatkan pendapatan petani dalam usaha pembasmi kemiskinan.

Latihan :

A 

Iklim 

C 

Ekonomi 

B 

Perkembangan Sejarah 

D 

Dasar Kerajaan 

A, B, C dan D ialah faktor yang mempengaruhi taburan tanaman dan ternakan di Malaysia.
Padankan faktor di atas dengan menulis A, B, C atau D ke dalam kotak yang bersebelahan dengan pernyataan yang betul.

Pembukaan tanah melalui rancangan FELDA telah mewujudkan kawasan baru pertanian. 

Imigran cina membawa masuk ayam ke Malaysia dan ini memperbaiki kedudukan ekonomi mereka. 

Pembinaan infrastruktur seperti sistem pengairan dan saliran oleh agensi kerajaan membantu membangunkan sektor pertanian.

Penanaman kubis bunga sesuai di tanah tinggi Cameron Highlands kerana suhunya rendah.  

[4 markah]

  1. Trend Pertanian Di Malaysia

Hasil pembelajaran :

Aras 1 Menyatakan trend pertanian di Malaysia.

Aras 2 Menjelaskan trend pertanian di Malaysia.

  1. Mempelbagaikan tanaman dan ternakan
  2. Matlamat utama strategi ini untuk mengelakkan negara bergantung kepada satu-satu produk sahaja dan membentuk daya saing yang sihat dari segi pengeluaran.

  1. Antara faedah mempelbagaikan tanaman dan ternakan ialah:
  • menambah dan mempelbagaikan sumber makanan
  • menambah pendapatan petani
  • mempelbagai ekonomi dan meperluaskan pasaran
    • Kelebihan kaedah ini ialah negara tidak bergantung kepada satu produk sahaja, pendapatan petani dipertingkatkan, pengguna banyak pilihan dan eksport negara meningkat.

  1. Pertanian berorientasikan eksport dan komersil
  2. Beberapa tanaman dikenalpasti berpotensi untuk dieksport contohnya buah-buahan seperti nenas, limau madu, pisang yang mana mempunyai pulangan yang tinggi.
  3. Kebanyakkan buah-buahan ini hidup sepanjang musim yang pastinya pengeluaran sentiasa konsisten untuk dieksport dan bersifat komersil.
  4. FAMA telah giat mempromosi pasaran eksport terutamanya ke Jepun, negara Timur Tengah.

  1. Hubung kait pertanian dengan pelancongan
  2. Kedatangan pelancong luar negara yang meningkat hasil dari kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) merancakkan lagi perkembagan sektor pertanian.
  3. Produk dan lokasi pertanian dijadikan medium menarik pelancong yang semestinya mempunyai keunikan tersendiri berbanding lokasi yang konvensional.
  4. Agrotourism merupakan program pelancongan yang berasaskan pertanian. Homestay dan Farmstay disamping aktiviti memancing di kolam komersil membantu ke arah perkembangan sektor pertanian.

  1. Hubung kait pertanian dengan landskap
  2. Kawasan yang dirancang dan dibangun dengan baik membentuk pemandangan yang menarik dan mempunyai nilai estetika.
  3. Selain mendapatkan hasil yang lumayan ia juga memenuhi keperluan menghayati dan menikmati nilai estetika. Contohnya pemandangan ladang kelapa sawit dan getah yang mempunyai corak dan susun atur yang menarik.

  1. Ladang kontrak
  2. Bidang usaha yang melibatkan perjanjian dua pihak, iaitu pembekal dan pengusaha.
  3. Perjanjian meliputi semua aspek pengurusan, yang menguntungkan kedua-dua pihak.
  4. Kelebihan kaedah ini kepada pengusaha ialah pemasaran yang terjamin, bekalan diperolehi pada masa yang tepat, tidak memerlukan modal yang banyak, kestabilan harga, khidmat nasihat dan latihan serta kualiti dan kuantiti yang baik. Contoh ladang kontrak – Tanaman tomato ceri melalui kaedah hidroponik untuk Sistem Penerbangan Malaysia (MAS).

  1. Penggabungan ladang kecil
  2. Pengusaha yang terdiri dari pekebun kecil diintegrasikan menjadikan kawasan dan bidangusaha mereka menjadi berskala besar.
  3. Ladang berkelompok bertujuan meningkatkan produktiviti dan pendapatan petani.

  1. Perhutani
  2. Satu pendekatan yang menggabungkan konsep perhutanan dalam ladang.
  3. Di bawah konsep ini, tanaman berasaskan hutan seperti pokok rotan ditanam secara selingan di kawasan ladang getah.
  4. Bertujuan mengatasi masalah kekurangan sumber termasuk tanah, buruh dan bahan mentah.

Latihan:

  1. Nyatakan empat trend yang telah dijalankan oleh kerajaan untuk menjadikan pertanian di Malaysia berdaya maju dan inovatif.

  1. …………………………………………………………………………
  2. ………………………………………………………………………….
  3. ………………………………………………………………………….
  4. ………………………………………………………………………….

[ 4 markah]

  1. Isu Pertanian Di Malaysia

Hasil pembelajaran :

Aras 1 Menyetakan isu pertanian di Malaysia.

Aras 2 Menjelaskan isu pertanian di Malaysia.

Aras 3 Mencadangkan cara-cara mengatasi masalah berakaitan isi pertanian

  1. Produktiviti
  • Ditakrifkan sebagai kecekapan menggunakan input-input pengeluaran untuk mengeluarkan hasil yang maksimum.
  • Perkara yang menjadi penghalang kepada kecekapan pengurusan sumber pengeluaran secara berkesan;
    • sektor pertanian tidak diusahakan dengan cekap.
    • daya pengeluaran yang rendah
    • saiz ladang yang terlalu kecil
    • kurang penggunaan teknologi yang lebih berkesan
    • perubahan cuaca dan iklim

iii. Antara langkah-langkah untuk mengatasi masalah tersebut ialah;

  • ladang kelompok
  • Perladangan campuran
  • Penggunaan teknologi

  1. Ketidakstabilan harga
  • Ketidakstabilan harga disebabkan pengeluaran tidak dapat disesuaikan dengan permintaan pasaran akibat daripada faktor seperti hasil pertanian cepat rosak dan teknologi penyimpanan yang terhad.
  • Kos pengeluaran dan bekalan yang berlebihan penyebabkan penurunan nilai ringgit yang terpaksa ditanggung oleh pihak petani.

  1. Penyebaran dan pengamalan teknologi baru
  • Teknologi baru adalah penggerak kepada pengeluaran hasil yang lebih cekap dan produktif. Contohnya – pertanian persekitaran terkawal membantu penanaman sayur-sayuran yang bebas dari serangan perosak dan mendapat nutrien yang mencukupi.

  1. Pendidikan dan latihan
  • Bersesuaian dengan pembangunan modal insan bagi menambah kecekapan dalam perusahaan pertanian.
  • Agensi kerajaan dan swasta menyediakan latihan, pengusaha dapat menggunakan kecekapan untuk meningkatkan hasil. Contohnya – penggunaan jentera atau mekanisasi ladang mampu menjimatkan tenaga dan masa.

  1. Penghijrahan Penduduk
  • Penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar didorong oleh faktor sosial dan faktor ekonomi.
  • Tarikan hidup yang lebih moden dan keadaan yang selesa di bandar menjadi salah satu faktor penyebab. Akibatnya di desa kekurangan tenaga manusia untuk mengusahakan aktiviti pertanian.
  • Langkah yang boleh dilakukan oleh kerajaan mengatasi masalah ini ialah membawa industri berpotensi ke kawasan luar bandar disamping menggalakkan lebih banyak belia berkelulusan tinggi menceburi bidang pertanian dengan menyediakan pelbagai insentif.

  1. Pencemaran Alam Sekitar
  • Pencemaran berpunca daripada aktiviti pertanian seperti penggunaan racun yang berlebihan dan kerja pembersihan ladang yang tidak terkawal.
  • Tahap sisa buangan dari kilang memproses getah dan kelapa sawit juga menjadi faktor penyebab kepada pencemaran tersebut.
  • Antara langkah-langkah untuk mengatasi masalah pencemaran ini ialah;
    • kaedah biologi untuk mengawal perosak.
    • Penebangan hutan tanpa pembakaran
    • Penanaman organik.

  1. Kekurangan buruh
  • Akibat dari penghijrahan penduduk ke bandar, upah yang rendah, suasana kerja yang tidak selesa sedangkan ladang-ladang memerlukan tenaga buruh yang ramai.
  • Langkah-langkah untuk mengatasi kekurangan buruh adalah seperti berikut;
    • penggunaan teknologi baru
    • penggunaan mekanisasi ladang
    • aplikasi bioteknologi
    • pertanian persis

Latihan:

  1. Pertanian di malaysia sentiasa terdedah kepada isu-isu yang boleh mempengaruhi perkembanganya.

(a) Nyatakan dua kekangan dalam usaha meningkatkan produktiviti

(i) ...............................................................................................

(ii) ................................................................................................

(b) Nyatakan dua langkah mengatasi kekurangan buruh

1.5 Peranan Institusi Dalam Pembangunan Pertanian

Hasil pembelajaran :

Aras 1 Menyatakan peranan institusi kerajaan dan swasta dalam pembangunan pertanian.

Aras 2 Menghuraikan peranan institusi kerajaan dan swasta dalam

pembangunan pertanian.

Bantuan Kewangan 

Menyediakan Infrastruktur 

PERANAN INSTITUSI KERAJAAN DAN SWASTA DALAM PEMBANGUNAN PERTANIAN

Pemasaran 

Penyeliaan

Penyelidikan dan Pembangunan

Peranan institusi kerajaan dan swasta dalam pembangunan pertanian.

a. Menyediakan Infrastruktur – sistem pengairan dan saliran oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS).

    Sistem Komunikasi, elektrik, jalan raya dan bangunan oleh FELDA, RISDA dan JKR.

b. Penyelidikan dan Pembangunan – MARDI, RRIM, LGM

c. Khidmat nasihat dan latihan – Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Haiwan, LPP dan RISDA.

d. Bantuan kewangan – Bank Pertanian, LPP, RISDA

f. Pemasaran hasil – FAMA, BERNAS, MPOB, LPP

Latihan :

Nyatakan institusi yang terlibat dalam menjalankan aktiviti berikut bagi membantu sektor pertanian.

  1. Mengadakan perkhidmatan kejenteraan ladang untuk memodenkan perladangan.

………………………………………………………………..……………………

ii.    Mengawasi keperluan air bagi kawasan tanaman dan pengawalan banjir.

….………………………………………………………………………………….

iii Menyelaras dan mengawasi pemberian kredit wang negara untuk tujuan pertanian.

………………………………………………………………………………….…

v. Menjalankan penyelidikan untuk menghasilkan varieti baru padi.

..……..……………………………………………………………………………

                                [4 markah]

Aktiviti :

Buatkan satu folio yang menunjukkan peranan institusi pertanian atau egensi yang membantu menjayakan program pertanian negara.

Sebagai rujukan anda boleh berkunjung ke pejabat MARDI, FAMA dan sebagainya untuk mendapatkan maklumat.

PENYEDIAAN MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SAINS PERTANIAN

TINGKATAN 4

TAJUK : 1 PERTANIAN DI MALAYSIA

1.1 Kepentingan Pertanian di Malaysia

1.2 Tanaman dan Ternakan di Malaysia

1.3 Trend Pertanian di Malaysia

1.4 Isu Pertanian di Malaysia

Disediakan oleh:

Mohamed Rais bin Abg Busami SMK Santubong, Kuching

Norudin bin Haji Marsidi        SMK Pesantren Abdul Taib Mahmud, Sadong Jaya

Assan ak Sigan            SMK Kanowit, Sibu

Ching Hock Moi            SMK Matu, Mukah

Tajuk 1.Pertanian di Malaysia